Jumaat, 28 Mac 2008

Makanan-makanan di kantin sekolah ada bermacam-macam makanan yang mereka jual. Disana ada mee rebus, mee kway teow, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi. Makanan-makanannya sangat berkhasiat kerana mereka tidak ada barangan-barangan yang bergoreng dan yang memakai minyak. Makanan-makanan itu telah dibakar dan direbus. Walaupun ia direbus dan dibakar, makanan-makananya tetap sedap dan selera untuk dinikmati. Saya suka makanan-makanan di kantin sekolah.

Pasukan bola sekolah kami, sekolah menengah Chua Chu Kang, telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan sekolah di barat Singapura. Di sebelah barat Singapura ada 38 sekolah yang bertanding. Di antara 38 sekolah itu, sekolah kami mendapat tempat keempat. Kami sangat bangga sekali dengan kejayaan pasukan sekolah kami. Kapten pasukan sekolah kami, Muhammad Hazim telah menguruskan pasukan bola kami dengan baik. Saya sangat bangga dengan pasukan bola kita.

Ada banyak baik dan buruknya dalam blog. Pertama, baiknya blog ialah ia adalah sebuah diari yang senang. Kita tidak membeli buku dan menulisnya. Kita harus taip di dalam blog dan selesai. Kedua, kita boleh berinteraksi antara sesama lain. Kita boleh bagi 'comment' kepada blog orang lain. Ada juga buruknya dalam blog. Pertama ialah jika kita lupa 'password' kita, kita tidak boleh masuk blog kita. Kedua, orang boleh 'hack' kita punya dan juga 'delete' blog kita. Ini adalah baik dan buruknya dalam blog.

Ahad, 16 Mac 2008

Escape Theme Park.

Semalam, 15 Mac 2008, saya dan keluarga saya pergi ke Escape Theme Park. Saya dan keluarga saya menaiki bermacam-macam permainan. Permainan kegemaran saya ialah Viking. Ia sangat seronok sekali. Adik hingga bermuntah-muntah setelah menaiki Viking. Saya berasa seronok sekali pergi ke Escape Theme Park dengan keluarga saya.

27 Februari 2008, Mas Selamat kastari, ketua Jemaah Islamiyah, telah melarikan diri pusat ketahanan di Whitley Road. Polis-polis dan askar-askar Singapura sedang mencari Mas Selamat dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan negara mereka. Saya sangat hairan sekali bagaimana dia boleh menghilangkan diri dengan keselamatan yang sangat ketat. Saya berasa tidak senang hati kerana Mas Selamat mungkin akan meletupkan Lapangan Kapal Terbang Changi. Saya berharap polis-polis dan askar-askar akan menangkap Mas Selamat Kastari.

Orchard.

Pada 4 hari yang lalu, Khamis, 13 Mac 2008, saya pergi ke Orchard dengan teman-teman saya. Tujuan saya pergi ke sana ialah untuk membeli album terbaru Bullet For My Valentine yang bernama 'Scream Aim Fire' di Heeren. Saya sangat gembira kerana saya telah menunggu lama untuk membeli album itu. Selepas itu, kami berjalan-jalan di orchard. Kami membeli-belah di sana seperti baju, seluar, kasut dan bermacam-macam lagi. SAYA SANGAT GEMBIRA SEKALI!!